top of page

Marilah kawan semua

Belajarlah dan berusaha

Jangan membuang masa

Mengejar cita-cita

Ilmu harus diutama

Membaca dan mengira

Disiplin diamalkan

Tinggikan nilai bangsa

Sentiasa berjasa

Untuk sekolah dan negara

Hormatkan ibu bapa

Kasih guru mulia

Majulah terus maju

Berjaya terus berjaya

Kekalkan kejayaan

Seri Bengkal tercinta

MAKSUD LAMBANG

- Perisai melambangkan pertahanan daripada gejala-gejala yang cuba merosakkan pertahanan sekolah.

- Huruf “S” dan “B”  dan perkataan “BATU PAHAT “ bermaksud Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal, Batu Pahat.

- Obor ditengah-tengah melambangkan kepentingan ilmu pengetahuan kepada manusia .

- Cogankata “SENTIASA BERJASA” bermaksud setiap manusia dikehendaki membuat jasa kepada kaum keluarga, masyarakat dan negara.

MAKSUD WARNA

- Warna putih melambangkan kesucian, keluhuran dan kejujuran . Kanak-kanak disifatkan sebagai manusia yang masih putih bersih . Sekolah mengambil peranan mencorakkan mereka kepada corak yang dikehendaki oleh masyarakat dan negara.

- Warna Biru melambangkan perpaduan di antara semua pihak yang bersangkutan dengan sekolah khasnya antara guru-guru, murid-murid dan ibu bapa supaya terjalin suatu ikatan  perpaduan yang berpusat di sekolah.

Unknown Track - Unknown Artist
00:00 / 00:00

Penafian:- Sekolah Kebangsaan Seri Bengkal adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

Proudly created with Wix.com

bottom of page